Sunday, July 3, 2011

Pantai Kemasik, Kemaman

Pantai Kemasik, Kemaman, seperti kebanyakan pantai-pantai lain di Pantai Timur merupakan salah satu tempat yang menarik untuk merakamkan saat matahari terbit dan kehidupan nelayan. Perjalanan dari Bandar Kemaman akan mengambil masa kira-kira 20 minit. Kunjungan ke sini menjadi perkara wajib selepas menziarahi dan bermalam di rumah abang sulung saya di Kemaman. Setelah puas menikmati keindahan ciptaan Allah SWT bolehlah singgah menikmati Nasi Dagang di gerai berhampiran kampung nelayan yang membuatkan saya tersenyum menikmatinya...memanglah Nasi Dagang berasal dari Terengganu :)Pantai Kemasik
Kemasik Fisherman
Beautiful Kemasik



Parit Kedondong, Muar

Parit Kedondong Muar, merupakan salah satu tempat yang menarik untuk merakamkan saat matahari terbenam. Perjalanan dari Bandar Batu Pahat memakan masa kira-kira setengah jam. Kebiasaannya selepas merakamkan pemandangan di Sawah Sungai Balang pada pagi hari saya akan ke sini pada waktu petang setiap kali pulang ke Kampung Isteri di Pekan Baru Parit Yusof.SCC_3682 copy resize copy copy
SCC_3792 copy copy
5580981942_5f1e13905a_b copy