Pantai Kemasik, Kemaman, seperti kebanyakan pantai-pantai lain di Pantai Timur merupakan salah satu tempat yang menarik untuk merakamkan saat matahari terbit dan kehidupan nelayan. Perjalanan dari Bandar Kemaman akan mengambil masa kira-kira 20 minit. Kunjungan ke sini menjadi perkara wajib selepas menziarahi dan bermalam di rumah abang sulung saya di Kemaman. Setelah puas menikmati keindahan ciptaan Allah SWT bolehlah singgah menikmati Nasi Dagang di gerai berhampiran kampung nelayan yang membuatkan saya tersenyum menikmatinya...memanglah Nasi Dagang berasal dari Terengganu :)
gambar yang cantik..
ReplyDeleteer..boleh ke saya meng-copy-gambar zulsaid?